Rabu, 30 Januari 2013

MENYUSU KALI PERTAMA



Kenapakah susu ibu paling terbaik?

Susu ibu atau susu badan adalah makanan terbaik untuk bayi anda. Tanyalah mana-mana pakar kesihatan dan mereka akan mengatakan bahawa cara yang paling sihat untuk memberi makan kepada bayi baru lahir ialah dengan menyusukan bayi anda. Kajian menunjukkan bahawa menyusu secara eksklusif sekurang-kurangnya selama tiga bulan boleh membantu mencegah gastroentreritis pada bayi. Jika anda menyusukan bayi anda selama sekurang-kurangnya empat bulan, anda boleh mengurangkan risiko bayi anda untuk mendapat penyakit pernafasan dan jangkitan telinga.

Susu ibu merupakan sumber makanan yang lengkap; ia mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh bayi anda – sekurang-kurangnya 400 jenis – termasuk hormon dan bahan melawan penyakit yang tidak terdapat dalam susu formula bayi. Malah, kandungan nutriennya akan mengadaptasi kepada keperluan bayi anda semasa dia membesar. Dan selain dari manfaat pengembangan minda dan imuniti jangkitan dalam susu ibu, yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana susu formula, penyusuan badan boleh membantu membina ikatan istimewa antara anda dan bayi anda. Apabila anda menyusukan bayi anda, bayi anda memanfaatkan kontak kulit dengan kulit, di samping pelukan dan pegangan. Anda juga akan berasa begitu.

Kredit: mumdreams

Pelbagai khasiat susu ibu boleh di perolehi bayi anda. Namun jika sekiranya susu anda tidak mencukupi untuk bayi anda, Set Penyusuan kami boleh membantu merealisasikan impian anda. Pelbagai pilihan Set Penyusuan disediakan mengikut budget anda.



Isnin, 28 Januari 2013

MEROKOK MENJEJASKAN KUALITI SPERMA.

SAYA dan isteri berusia 27 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif.
Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan. Bolehkah masalah saya diubati kerana kami mahu cahaya mata dan latar belakang keluarga tiada masalah.
Saya pernah kemalangan pada 2007 yang
mengakibatkan tulang belakang terakhir di bahagian punggung mengalami keretakan. Saya juga kuat merokok sekitar 20 batang sehari. Kerja seharian saya banyak dihabiskan di dalam kereta dan pejabat dan saya juga selalu tidur sekitar jam 12 tengah malam kerana melakukan kerja pejabat di rumah. Disebabkan kekangan kerja, saya juga jarang bersenam. Hampir dua atau tiga bulan sekali baru saya bersenam. Hubungan kelamin juga biasanya bertahan 15 minit saja kerana
alat sulit saya tidak dapat bertahan lama sebelum ejakulasi.
- Mr. R, Selangor.
JAWAPAN:
Kesukaran untuk hamil tidak semestinya disebabkan oleh wanita sahaja tetapi juga lelaki. Hampir 30 hingga 40 peratus infertiliti atau kemandulan disebabkan oleh faktor lelaki. Walaupun lelaki dapat terus menjadi 'produktif' pada usia yang lebih lanjut tetapi ianya tidak bermakna mereka lebih subur.
Ramai lelaki mengalami masalah disfungsi seksual seperti ejakulasi pramatang, kegagalan ereksi dan sebagainya. Terdapat juga lelaki yang mempunyai kualiti dan kuantiti sperma yang rendah akibat faktor genetik, merokok, meminum minuman keras dan mengamalkan
gaya hidup yang tidak sihat. Jangkitan pada kelenjar testis dan saluran yang membawa sperma juga boleh menyebabkan infertiliti. Seperti juga wanita, lelaki juga boleh mengalami infertiliti jika menerima ubat-ubat
kemoterapi ataupun radioterapi.
Anda menjalani ujian air mani dan mendapati kuantiti sperma dan kualiti sperma merosot Kemungkinan juga peratusan sperma anda tidak berbentuk normal. Mungkin doktor memeriksa buah zakar anda untuk meneliti jika isi padu kedua-duanya normal dan pembuluh darah zakar normal tanpa perubahan berpintal atau varikosel. Anda mungkin tahu kedudukan buah zakar dalam kerandut dan di luar
badan.
Jika anda memakai seluar dalam ketat atau tebal, suhu dalam kerandut zakar menjadi tinggi dan ini menjejaskan proses pembiakan sperma dalam kilang sperma. Sama juga jika berat badan tinggi dan anda banyak melakukan kerja dalam keadaan duduk kerana
itu membuatkan buah zakar terperap dalam 'lemak' seolah-olah macam dalam 'ketuhar' yang secara langsung meningkatkan suhu kerandut buah zakar dan menjejaskan proses spermatogenesis (proses pengilangan sperma).
Amalan merokok boleh menjadi sebab utama sperma bermasalah. Merokok membuatkan anda menghidu bahan toksik yang merosakkan sistem reproduksi dan kesuburan tanpa anda sedari. Merokok mengancam kesuburan lelaki secara meluas dan menyebabkan kualiti dan kuantiti sperma merosot. Mengikut kajian
pakar infertiliti, merokok merosakkan sperma secara terus apabila air mani tercemar dengan bahan toksik yang menyebabkan kerosakan kepada protein dan nutrien dalam air mani. Proses kerosakan sperma meningkat ketara apabila amalan merokok berpanjangan.
Lagi lama anda merokok, lagi bermasalah kualiti sperma anda. Merokok mengurangkan bilangan atau kuantiti sperma. Ini kerana bahan kimia mencegah penyerapan vitamin dan mineral dalam air mani seperti kekurangan vitamin B12, vitamin E dan zat galian. Merokok merendahkan tahap hormon kesuburan diperlukan untuk pembiakan sperma dalam kilang. Kadar peratusan bilangan sperma boleh merosot daripada beratus-ratus juta kepada satu angka dalam
keadaan serius. Saya harap agar maklumat ini dapat membuka minda dan mendorong anda untuk berhenti merokok.
Merokok juga mengganggu pergerakan sperma.
Pergerakan sperma ialah keupayaan bergerak secara ke depan memasuki pangkal rahim (serviks) dan salur Fallopio untuk berjumpa dengan ovum (telur) bagi proses persenyawaan. Sperma perlu bergerak laju dan
sehala supaya dapat bergerak dalam kelajuan baik supaya mudah sampai ke destinasi. Ini terhalang akibat merokok. Bilangan sperma yang sampai tidak cukup untuk berinteraksi dengan ovum (telur) bagi memudahkan penetrasi satu sperma ke dalam telur semasa proses persenyawaan.
Merokok juga menyebabkan penghasilan sperma berbentuk tidak normal akibat tindak balas bahan radikal bebas daripada bahan kimia rokok. Sperma yang tidak berbentuk normal tidak dapat bergerak dan mensenyawakan ovum.
Saya nasihatkan agar encik berhenti merokok demi isteri yang tercinta dan juga demi zuriat yang diimpikan.
Kurangkan juga stres dan ambil masa untuk berehat dan bercuti bersama isteri. Gunakan juga masa yang ada untuk sama-sama bersenam dengan isteri. Cuba
amalkan nasihat-nasihat ini kerana terbukti dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma. Selepas itu elok berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan, nasihat dan rawatan yang lebih lanjut.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20130127/kn_01/Merokok-jejas-kualiti-sperma#ixzz2JG6HM5y0 © Utusan Melayu (M) Bhd

Credit: Dr. Zubaidi Hj. Ahmad.

Ahad, 27 Januari 2013

PERSEDIAAN MENYAMBUT ORANG BARU.

Artikel dibawah ini bagus untuk tatapan bakal ibu dan bapa. Tajuk artikel saya tidak pasti,tapi tajuk diatas dirasakan sesuai untuk artikel ini. Selamat membaca.
Selepas dilahirkan, anda tentu rasa tidak sabar untuk membawa anak baru anda pulang ke rumah. Dalam rasa tidak sabar itu, kadang kala terdetik dalam hati,bolehkah saya jadi bapa terbaik? Mampukah saya memberikan layanan yang sewajarnya kepada anak?. Sesuaikah persekitaran rumah untuk anak?. Mampukah saya pastikan rumah sebersih hospital
demi kesihatan anak?.
Sememangnya beribu persoalan akan muncul dibenak fikiran anda. Namun, dengan persediaan rapi dari segi mental dan fizikal, nescaya kita tidak akan
menghadapi banyak masalah walaupun baru
pertama kali menimang cahaya mata.
Pemeriksaan Lengkap
Biasanya, sebelum dibenarkan meninggalkan hospital selepas bersalin, doktor akan melakukan pemeriksaan. Hal ini perlu untuk memastikan isteri dan anak anda benar-benar sihat sebelum dibenarkan pulang. Pemeriksaan lengkap juga penting untuk mengelakkan sebarang komplikasi timbul ketika di rumah kelak.
Pada hari isteri dibenarkan pulang, eloklah anda dapatkan bantuan ahli keluarga kerana wanita yang baru lepas bersalin, kurang tenaganya. Bantuan diperlukan untuk mendukung anak dan menjaga
kedua-duanya semasa di dalam kenderaan.
Ketika itu, pastikan bayi anda dipakaikan dengan pakaian yang benar-benar sesuai. Tidak terlalu terdedah kepada cahaya dan tidak pula terlalu tertutup. Yang pentingnya, elakkan daripada terdedah kepada pencemaran udara.
Rancanglah Perjalanan anda
Selain itu, rancanglah perjalanan anda. Pastikan
jalan yang digunakan itu bebas daripada sebarang kerosakan. Elakkan daripada menggunakan jalan yang sedang dalam pembinaan atau yang rosak. Keadaan jalan yang tidak rata boleh menyakitkan badan isteri anda kerana badan ibu yang baru bersalin sangat sensitif. Setelah berada di rumah, pastikan isteri anda tidak banyak bergerak. Suruh dia banyak berehat dan jangan mendesak diri melakukan kerja-kerja rumah.
Berhati-hati
Untuk pengetahuan anda, wanita yang baru bersalin mudah letih terutama ketika minggu-minggu pertama selepas melahirkan. Keadaan ini terjadi akibat daripada perubahan hormon dalam badan. Oleh itu, rehat yang secukupnya sangat perlu. Anda juga dinasihatkan agar jangan terlalu dedahkan anak kepada ramai orang kerana bayi sangat sensitif terhadap persekitarannya. Bayi mudah dijangkiti
penyakit kerana sistem antibodinya belum
sempurna. Untuk memastikan kesihatan anak
terjaga, hanya benarkan orang yang sihat dan bersih sahaja memegangnya.
Anda mungkin perlu mengambil cuti selama
beberapa hari untuk membantu isteri menghadapi situasi selepas bersalin bersama-sama. Inilah masanya bagi anda untuk memberikan sokongan
moral dan tenaga kepada isteri tercinta. Dalam masa yang sama, dapatlah anda belajar cara-cara menjaga bayi yang baru lahir.
Dapatkan Bantuan
Melalui minggu-minggu pertama bersama anak
memang mencemaskan. Banyak perkara baru akan berlaku. Jangan risau. Mintalah bantuan ibu mertua ataupun ibu anda sendiri. Semasa bersama mereka, timbalah seberapa banyak pengetahuan yang boleh sebagai bekalan pada masa depan. Jika tidak ada adik-beradik ataupun saudara-mara terdekat yang dapat membantu, mintalah bantuan bidan-bidan
yang bertauliah. Bidan-bidan ini banyak ilmunya yang pastinya dapat membantu anda.
Jangan Takut
Semasa anda bersama bayi, jangan takut untuk
memegang atau membelainya. Sama seperti kita,bayi suka disentuh dan dibelai. Walau
bagaimanapun, anda kenalah berhati-hati agar tidak mencederakannya. Jika anak menangis, janganlah rasa cemas. Periksa mengapa dia menangis. Untuk pengetahuan anda, bayi menangis mungkin kerana dia lapar, lampinnya basah, dia rasa mengantuk
atau rasa tidak selesa. Perhatikan mana satu
penyebab bayi anda menangis. Semasa bersama bayi, eloklah anda berbual-bual, senyum dan bermain-main dengannya. Cara ini dipercayai dapat merangsang deria anak dan membangkitkan rasa kasih sayang antara anda berdua.
Sumber : Pa&Ma

Isnin, 21 Januari 2013

TIPS MUDAH BANYAKKAN SUSU IBU

Info menarik dari blog www.lifefit.com yg saya ingin kongsikan dgn anda.

Adakala saya
menerima PM/SMS
dari ibu-ibu yang
telah mencuba set-set
penyusuan
termasuklah Set 3M
tapi belum dapat
merasakan kesan yang
diinginkan.
Ramai yang
mengharapkan dalam
masa beberapa hari
production susu akan kembali pulih atau terus meningkat
banyak seperti yang dilihat dalam testimoni ibu-ibu lain.
Tetapi kebanyakan tidak menyedari bahawa punca utama
susu merudum adalah disebabkan sikap ibu yang gagal
untuk fokus kepada sesi perahan di pejabat.
Ramai yang memberi alasan sibuk di office hinggakan
tidak dapat memerah susu mengikut jadual perahan
masing-masing. Tetapi jika ibu memang berazam untuk
fully breastfeed baby, sesi pump tu umpama solat. Jika ibu
wajib kerjakan solat bergitu juga lah ibu wajib pump kan.

Tahukah anda tips mudah untuk maintain production
susu bagi ibu bekerjaya?

Tahukah anda apa itu Power Pumping?

Power pumping adalah sesi perahan intensif
selama 1 jam . Waktu terbaik untuk
melakukannya adalah antara tengah malam
hingga awal pagi kerana ketika ini hormon
prolaktin (hormon susu) tinggi dan ibu juga kurang
sress jadi mudah hormon oksitosin keluar. Dan
adalah lagi bagus jika ibu dalam lakukan teknik
Power Pumping ini semasa baby tidur .

Bagaimana hendak lakukan Power
Pumping?

Single pump: Pump payudara kanan 10 minit,
kemudian pump payudara kiri 10 minit. Lakukan
berulang kali hingga 1 jam. Jadi setiap payudara
akan mendapat 3x 10 minit perahan (bersamaan
30 minit setiap payudara)
Double pump: Pump kedua-dua payudara
serentak selama 10 minit dan berehat selama 10
minit. Teknik ini diulang beberapa kali sehingga
sejam. Jadi kedua-dua payudara akan mendapat
3x 10 minit perahan (bersamaan 30 minit setiap
payudara)

Bagaimana menyimpan hasil perahan?

Hasil perahan 3 sesi ini boleh dicampurkan ke dalam 1
bekas untuk disimpan dengan syarat semuanya
mempunyai suhu yang sama. Jadi susu perlu disejukkan
dalam peti sejuk bawah terlebih dahulu selama 1 jam
untuk memastikan ia mempunyai suhu yang sama dan
sekata.
Kemudian, barulah anda boleh mencampurkan kesemua
susu perahan tadi ke dalam 1 bekas untuk disimpan di
peti asi bahagian atas.

Berapa lama harus lakukan Power
Pumping?

Ibu-ibu harus ingat bahawa hasil perahan ibu tidak sama.
Malah jika production susu sedang merudum
kemungkinan 1-2 hari pertama, hasil perahan tidak
seperti yang ibu mahukan. Tetapi ibu harus bersabar dan
harus terus melakukan sesi perahan intensif ini selama
1-2 minggu berterusan untuk mendapatkan hasil yang
optimum.

Dah buat Power Pumping tapi production
susu tetap tidak berubah?

Tidak dinafikan ada ibu mempunyai masalah production
susu tidak memberangsangkan. Ia berpunca dari
beberapa faktor antaranya:

1.Pemakanan yang tidak seimbang
2.Pengambilan air kosong tidak cukup (ibu bf
disarankan minum minimum 3L air kosong sehari)
3.Ibu kurang sihat
4.Badan ibu sentiasa letih hinggakan waktu
mengepam pun tidak bersemangat
Perasaan ibu yang tidak tenang hinggakan waktu
mengepam pun fikiran bercelaru dan sentiasa
beremosi negatif.

Jadi buat ibu-ibu yang mengalami masalah ini dan sudah
lakukan Power Pumping selama 7 hari berturut-turut tapi
masih belum mendapat hasil yang anda mahukan,
cubalah amalkan Set Penyusuan kami. Terdapat beberapa
jenis Set Penyusuan bergantung kepada situasi penyusuan
dan budget ibu.

1.Set Penyusuan B
2.Set Penyusuan E
3.Set Penyusuan Eu4Plus
4.Set Penyusuan 3M

Dan sedikit pesanan, penyusuan ibarat roda. Kejap atas
kejap bawah. Jadi ada hari susu kita banyak dan ada hari
susu merudum. Setiap hari production susu tidak sama.
Jadi kalau masa susu merudum janganlah terlalu panik
sampai stress kan diri. Pump seperti biasa dan cepat-
cepat buat Power Pumping. Jaga pengambilan air kosong..
Ibu stress susu lagi takut nak keluar.

Buat ibu yang sedang amalkan mana2 Set Penyusuan tapi
belum dapat kesan yang anda mahukan, jangan cepat
putus asa. Kerana supplement bukan Magic Bullet sekali
dua makan terus susu naik bertambah2. Tapi mesti
disertakan dengan jadual pumping yang konsisten dan
pengambilan air kosong yang cukup. Ada ibu lepas 2-3
hari dah nampak kesan. Ada ibu lepas 1-2 minggu dan
memang ada ibu dekat sebulan baru nampak kesan.
Setiap badan ibu berbeza jadi pastilah kesannya pun
berbeza.

Berminat utk mendapatkan set penyusuan, boleh hubungi saya myeza303@gmail.com/ viber/whatsapp 016-8105864.

Untuk bacaan penuh bolehlah ke
http://www.lifefit.my/tips-mudah-untuk-banyakkan-susu-ibu/

Credit: Aimi Syairah @ www.lifefit.com

Ilmu penunduk suami.


Wah tajuk entri kali ini buat mata bulat besar macam tak percaya.
Ilmu penunduk?. Black magic ka?
Hehehe. . .jgn salah sangka ya, saya bukan jenis kaki mendram, guna black magic ni. Cuma baru2 ni ada kawan hantar "kata2" Ustaz Azhar Idrus dengan saya. Hm. . sapa tak kenal ustaz ni? .Ceramahnya penuh gelak ketawa tapi apa yang dikatakan oleh ustaz ada benarnya.


Jadi kepada para isteri diluar sana, mari kita pakat guna "ilmu penunduk" ni. Tak salahkan?.
Kalau nak guna ilmu penunduk ni dengan produk Shaklee, boleh hubungi saya. Pasti ada produk Shaklee yg sesuai utk anda.

Hubungi saya : emel myeza303@gmail.com / viber / whatsapp 016-8105864.