Berikut beberapa fakta menarik tentang bayi yang saya dapat daripada internet dan kawan dalam media sosial. Saya pasti beberapa fakta di bawah tidak diketahui oleh ibu bapa. Jom layan fakta menarik tentang bayi:
1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.
2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mulaterbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.
3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang- renang, menendang sekelilingnya dan berpusing- pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.
4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.
5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.
6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.
7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.
8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.
9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu. Namun ada yang mengatakan deria rasa bayi masih tidak berbentuk sepenuhnya semasa lahir. Tidak boleh membezakan rasa seperti manis atau masin dengan baik.
10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.
11.Agak menarik fakta tentang bayi yang mungkin ramai tidak tahu tentang ini. Terdapat Sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi:
“Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA” (Al-Jami’u Ash-Shagril. Hal 164).
Memang bau bayi tu sangat indah. Kalau tengok saja pun dah sejuk hati kita.
12. Bayi tiada kepala lutut. Ia tidak membentuk sehinggalah bayi berusia 6 bulan.
13. Bayi tiada air mata. Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
14. Mereka mempunyai lebih tulang. Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi pula 300 tulang. Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
15. Empat dari 10 bayi mempunyai tanda lahir.
16. Boleh mengenali bau badan ibu sebaikdilahirkan.
17. Penglihatan bayi kabur sebaik sahaja dilahirkan.
18.Rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
19. Bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria bunyi yang kuat.
20. Bayi boleh membezakan bunyi-bunyian dan boleh mengenali suara ibu serta merta semasa dilahirkan.
21. Jantung bayi baru lahir berdenyut diantara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
22. Bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa 16-20 nafas seminit.
23. Berat bayi bertambah 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
24. Mendengarkan music klasikal menambah kepintaran bayi. Bayi baru lahir tidur 15-20 jam sehari.
25. Bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit sebab itulah ia akan mudah alah dan kemerahan kepada losyen wangi, sentuhan kasar, gigitan serangga dan sebagainya.
26. Bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepatnya.