Isnin, 21 Januari 2013

TIPS MUDAH BANYAKKAN SUSU IBU

Info menarik dari blog www.lifefit.com yg saya ingin kongsikan dgn anda.

Adakala saya
menerima PM/SMS
dari ibu-ibu yang
telah mencuba set-set
penyusuan
termasuklah Set 3M
tapi belum dapat
merasakan kesan yang
diinginkan.
Ramai yang
mengharapkan dalam
masa beberapa hari
production susu akan kembali pulih atau terus meningkat
banyak seperti yang dilihat dalam testimoni ibu-ibu lain.
Tetapi kebanyakan tidak menyedari bahawa punca utama
susu merudum adalah disebabkan sikap ibu yang gagal
untuk fokus kepada sesi perahan di pejabat.
Ramai yang memberi alasan sibuk di office hinggakan
tidak dapat memerah susu mengikut jadual perahan
masing-masing. Tetapi jika ibu memang berazam untuk
fully breastfeed baby, sesi pump tu umpama solat. Jika ibu
wajib kerjakan solat bergitu juga lah ibu wajib pump kan.

Tahukah anda tips mudah untuk maintain production
susu bagi ibu bekerjaya?

Tahukah anda apa itu Power Pumping?

Power pumping adalah sesi perahan intensif
selama 1 jam . Waktu terbaik untuk
melakukannya adalah antara tengah malam
hingga awal pagi kerana ketika ini hormon
prolaktin (hormon susu) tinggi dan ibu juga kurang
sress jadi mudah hormon oksitosin keluar. Dan
adalah lagi bagus jika ibu dalam lakukan teknik
Power Pumping ini semasa baby tidur .

Bagaimana hendak lakukan Power
Pumping?

Single pump: Pump payudara kanan 10 minit,
kemudian pump payudara kiri 10 minit. Lakukan
berulang kali hingga 1 jam. Jadi setiap payudara
akan mendapat 3x 10 minit perahan (bersamaan
30 minit setiap payudara)
Double pump: Pump kedua-dua payudara
serentak selama 10 minit dan berehat selama 10
minit. Teknik ini diulang beberapa kali sehingga
sejam. Jadi kedua-dua payudara akan mendapat
3x 10 minit perahan (bersamaan 30 minit setiap
payudara)

Bagaimana menyimpan hasil perahan?

Hasil perahan 3 sesi ini boleh dicampurkan ke dalam 1
bekas untuk disimpan dengan syarat semuanya
mempunyai suhu yang sama. Jadi susu perlu disejukkan
dalam peti sejuk bawah terlebih dahulu selama 1 jam
untuk memastikan ia mempunyai suhu yang sama dan
sekata.
Kemudian, barulah anda boleh mencampurkan kesemua
susu perahan tadi ke dalam 1 bekas untuk disimpan di
peti asi bahagian atas.

Berapa lama harus lakukan Power
Pumping?

Ibu-ibu harus ingat bahawa hasil perahan ibu tidak sama.
Malah jika production susu sedang merudum
kemungkinan 1-2 hari pertama, hasil perahan tidak
seperti yang ibu mahukan. Tetapi ibu harus bersabar dan
harus terus melakukan sesi perahan intensif ini selama
1-2 minggu berterusan untuk mendapatkan hasil yang
optimum.

Dah buat Power Pumping tapi production
susu tetap tidak berubah?

Tidak dinafikan ada ibu mempunyai masalah production
susu tidak memberangsangkan. Ia berpunca dari
beberapa faktor antaranya:

1.Pemakanan yang tidak seimbang
2.Pengambilan air kosong tidak cukup (ibu bf
disarankan minum minimum 3L air kosong sehari)
3.Ibu kurang sihat
4.Badan ibu sentiasa letih hinggakan waktu
mengepam pun tidak bersemangat
Perasaan ibu yang tidak tenang hinggakan waktu
mengepam pun fikiran bercelaru dan sentiasa
beremosi negatif.

Jadi buat ibu-ibu yang mengalami masalah ini dan sudah
lakukan Power Pumping selama 7 hari berturut-turut tapi
masih belum mendapat hasil yang anda mahukan,
cubalah amalkan Set Penyusuan kami. Terdapat beberapa
jenis Set Penyusuan bergantung kepada situasi penyusuan
dan budget ibu.

1.Set Penyusuan B
2.Set Penyusuan E
3.Set Penyusuan Eu4Plus
4.Set Penyusuan 3M

Dan sedikit pesanan, penyusuan ibarat roda. Kejap atas
kejap bawah. Jadi ada hari susu kita banyak dan ada hari
susu merudum. Setiap hari production susu tidak sama.
Jadi kalau masa susu merudum janganlah terlalu panik
sampai stress kan diri. Pump seperti biasa dan cepat-
cepat buat Power Pumping. Jaga pengambilan air kosong..
Ibu stress susu lagi takut nak keluar.

Buat ibu yang sedang amalkan mana2 Set Penyusuan tapi
belum dapat kesan yang anda mahukan, jangan cepat
putus asa. Kerana supplement bukan Magic Bullet sekali
dua makan terus susu naik bertambah2. Tapi mesti
disertakan dengan jadual pumping yang konsisten dan
pengambilan air kosong yang cukup. Ada ibu lepas 2-3
hari dah nampak kesan. Ada ibu lepas 1-2 minggu dan
memang ada ibu dekat sebulan baru nampak kesan.
Setiap badan ibu berbeza jadi pastilah kesannya pun
berbeza.

Berminat utk mendapatkan set penyusuan, boleh hubungi saya myeza303@gmail.com/ viber/whatsapp 016-8105864.

Untuk bacaan penuh bolehlah ke
http://www.lifefit.my/tips-mudah-untuk-banyakkan-susu-ibu/

Credit: Aimi Syairah @ www.lifefit.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan